GOLF AMAL 2010


Friday, January 1, 2010

MENARUH HARAPAN DI TAHUN BARU 2010

Salam,

Tahun 2009 baru satu jam 5 minit berlalu. Saya dan kawan-kawan yang mengendalikan Golf Amal 2009 amat bersyukur kepada Allah SWT kerana telah dapat melaksanakan apa yang kami inginkan. Masih lagi terasa seronoknya memberi peluang kepada anak-anak yatim/miskin satu pengalaman baru. Kegembiraan itu mungkin dapat kami kongsikan dengan 80 orang pelajar yatim/miskin untuk Golf Amal 2009.

Besar harapan kami untuk dapat mengulangi apa yang telah dicapai pada 2009 ke tahun ini, 2010. Kami percaya ramai lagi yang ingin menderma jika di beritahu dan di beri peluang menderma. Harap lebih ramai yang sanggup tampil menolong memanjangkan peluang ini pada golongan yang ingin menderma ini.

Harapan dan doa kita agar mereka yang telah menderma akan terus Allah SWT beri rezeki melimpah ruah dan mereka akan terus menyokong program ini pada tahun ini. InsyaAllah



Wassalam

Penyelaras Pertandingan Dan Penyerahan Sumbangan golf Amal 2010

Haji Bawawi Rusmin - HP : (019) 319 9717
Haji Othman Ismail - HP : (019) 2142255
Shahrom Mokhtar - HP : (012) 282 2563
Haji Saadon - HP : (019) 388 0383
Haji Mahmud-HP:0123348456
Shariff - HP : (019) 229 2018
Akil Ahmad - HP : (019) 226 0954
Yaacob Sa'arani - HP : (012) 373 0760




Terima Kasih Terima Kasih Terima Kasih

Penyelaras Pertandingan ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih ke atas semua sumbangan, pemberian dan pertolongan ikhlas yang di berikan, samada secara terus atau sebaliknya; untuk menjayakan Pertandingan Golf Amal PPI USJ 16-27 ini.

Wassallaaaam ....